
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
KASIH FAMILY FUN RUN 2025
1. Kelayakan Peserta
-
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
-
Peserta mestilah berumur 6 tahun ke atas pada tarikh acara dijalankan.
-
Peserta berumur di bawah 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
2. Pendaftaran & Bayaran
-
Pendaftaran hanya disahkan selepas bayaran penyertaan diterima sepenuhnya.
-
Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan setelah pendaftaran disahkan.
-
Tarikh tutup pendaftaran: 5 November 2025 atau apabila kuota penyertaan penuh.
-
Sebarang perubahan berkaitan tarikh, masa atau lokasi acara akibat faktor luar kawalan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur.
3. Baju & Kit Larian
Setiap peserta berdaftar akan menerima satu (1) kit larian yang mengandungi:
-
Baju rasmi acara
-
Nombor bib (No. BIB)
-
Pingat (diberikan selepas tamat larian)
-
Cabutan bertuah
Pengambilan kit larian hendaklah dibuat pada tarikh 8 November dan lokasi di Putrajaya Wetland Parks yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
Penghantaran Kit & Medal
-
Peserta yang tidak hadir mengambil kit dan tidak menyertai larian
Penghantaran melalui pos akan dibuat selepas 10 November 2025. Semua kit termasuk baju, nombor larian (bid), dan medal akan dihantar selepas tarikh tersebut. -
Peserta yang ingin kit larian (baju & nombor larian) dihantar lebih awal melalui pos
-
Penghantaran akan dibuat pada 5 November 2025.
-
Sila hubungi melalui WhatsApp di +60 11-6784 9185 untuk pengesahan dan penghantar melalui pos
-
Pihak kami menggunakan perkhidmatan DFOD (Delivery Fee on Delivery) – bayaran perkhidmatan kurier dibuat apabila barang diterima.
-
-
Peserta yang telah mengambil kit (baju & nombor larian) tetapi tidak hadir pada hari acara
-
Medal tidak akan dihantar melalui pos.
-
4. Keselamatan & Kesihatan
-
Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan dan kecergasan diri bagi menyertai acara ini.
-
Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kemalangan, atau kematian yang berlaku sebelum, semasa, atau selepas acara.
-
Peserta digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum acara dijalankan.
-
Bagi memastikan keselamatan sepanjang acara, semua peserta akan dilindungi insurans oleh pihak penganjur.
5. Peraturan Larian
-
Peserta mesti memakai nombor bib rasmi sepanjang acara larian.
-
Kenderaan bermotor, basikal atau haiwan peliharaan tidak dibenarkan di laluan larian.
-
Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang melanggar peraturan, menimbulkan kekacauan, atau berkelakuan tidak sopan.
6. Penangguhan / Pembatalan
-
Penganjur berhak untuk menangguhkan, membatalkan, atau menukar laluan acara atas sebab-sebab seperti cuaca buruk, faktor keselamatan, atau perkara luar kawalan.
-
Tiada bayaran balik akan dibuat sekiranya acara dibatalkan atas sebab di luar kawalan penganjur.
7. Penggunaan Imej & Data
-
Penganjur berhak menggunakan gambar, rakaman video, atau imej peserta bagi tujuan promosi, media sosial dan dokumentasi tanpa sebarang notis atau bayaran.
-
Maklumat peribadi peserta hanya akan digunakan untuk urusan rasmi berkaitan acara dan tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.
8. Tanggungjawab & Pelepasan Tuntutan
-
Dengan menyertai acara ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan.
-
Peserta juga bersetuju untuk melepaskan pihak penganjur, penaja, rakan kerjasama, dan sukarelawan daripada sebarang tuntutan, kerugian, atau liabiliti yang mungkin timbul sebelum, semasa atau selepas acara berlangsung.